Semasa

Tali Mask Terputus Masa Promosi Live, Netizen Persoal Kualiti Pelitup Muka Jovian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

Selepas pengumuman itu, hangat diperkatakann mengenai isu pelitup muka yang perlu mempunyai cop SIRIM, difahamkan lebih selamat digunakan, berkualiti dan mematuhi standard bagi pengguna.
“Untuk banteras mask kualiti hauk di pasaran…”

Justeru, seorang pengasas pelitup muka terkenal telah berkata, undang-undang tersebut dikuatkuasakan demi membanteras kualiti pelitup muka yang ‘hauk’ di pasaran, telah mengundang kcaman ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Susulan menerima kecaman tak berpenghujung dari netizen, tular satu video bagaikan ‘kifarah’ atas tindakan menantu Perdana Menteri tersebut yang sedang membuat demo penggunaan pelitup muka mereka dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

“Masa mula2 ingatkan tertarik kuat, Iast2 bila 2 kali putus, keras Tokti kat situ.” – Netizen.

Menampilkan penyanyi nombor satu negara sebagai ikon untuk demontrasi pelitup muka tersebut, berlaku kejadian tak diinginkan ketika Dato’ Sri Siti Nurhaliza mask yang ditarik tiba-tiba terputus buat mereka terkedu.

Lebih memalukan, saat pengasas tersebut mengambil satu lagi mask yang lain sebagai ganti, ianya juga turut putus semasa sedang ditarik bagi menguji ketahanannyal.

“Kita patut berterima kasih kat Tokti…” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan kualiti pelitup muka jenama terkenal tersebut yang sedia maklum tidak berkualiti sejak pengeluarannya pada tahun 2020.

Ramai yang mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Tokti atas ‘jasanya’ membuktikan mask keluaran tersebut sememangnya ‘hauk’.

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.

“Memang hauk ye mask dia…”

Tali Mask Terputus Masa Promosi Live, Netizen Persoal Kualiti Pelitup Muka Jovian

“Tahun lepas beli, ramai k0mplen kualiti dia…”

Tali Mask Terputus Masa Promosi Live, Netizen Persoal Kualiti Pelitup Muka Jovian

“Memang tak la beli..”

Tali Mask Terputus Masa Promosi Live, Netizen Persoal Kualiti Pelitup Muka Jovian

“Sorry to say, mudah berbulu..”

Tali Mask Terputus Masa Promosi Live, Netizen Persoal Kualiti Pelitup Muka Jovian

Malah, para netizen turut tertanya-tanya bagaimana pelitup muka tersebut boleh diperakui MDA. Justeru itu, netizen turut mengatakan adab dalam berniaga itu perlu dan tindakan Jovian sebelum ini kini memakan diri sendiri.

Sumber : Redaksl the vocket