Restu orang tua menjadi kunci utama sebelum mana-mana individu melangkah ke fasa perkahwinan bersama pasangan masing-masing.
Namun wujud segelintir ibu bapa yang tergamak memandang harta dan kekayaan bakal menantu sebelum dapat merestui hubungan anak mereka.
Di laman Tiktok, seorang wanita membuat luahan mengenai sikap bakal ibu mertua nya yang telah menghina dengan menyamakan rumah yang didudukinya macam kandang kambing.
Biarpun terluka dengan kata-kata nista yang pernah dilafazkan sebelum ini, siapa sangka ia menjadi pendorong untuk membuka lembaran baru yang tidak disangka-sangka.
Video di akhir artikel
Dituduh mahu menumpang kekayaan bakal mentua
Itulah yang dialami oleh gadis dikenali sebagai Eytamin ini apabila berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang penuh onak duri.
Gadis yang dikenali sebagai Etyamin ini berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang penuh onak duri. Manakan tidak bakal mentua siap menuduhnya hanya mahu menumpang kekayaan mereka.
Menurut gadis berkenaan, dia akhirnya ditinggalkan kekasih gara-gara tidak mendapat restu bakal ibu mentua disebabkan rumah yang didiami tidak seindah orang lain.
Bagaimanapun, selepas berbulan bulan kecewa dan menangis, gadis berkenaan mula bangkit mencari membuktikan kemampuan dirinya.
Siapa sangka pada tahun 2022, gadis berkenaan memiliki rumah sendiri sekaligus membuktikan bahawa dirinya bukan mahu menumpang mereka yang pernah menghinanya dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat semangat gadis berkenaan yang bangkit dari hinaan orang.
Malah, menjadikan gadis berkenaan sebagai inspirasi buat mereka untuk keluar dari kata-kata orang.
Hinaan sebenarnya merubah hidup
Alhamdulillah, tahniah
Hinaan orang tu buat kita bersemangat
Lumrah manusia pandang harta
Minta tips kejayaan
Video:
Dihina rumah macam kandang kambing, bukan dendam cuna terkilan pic.twitter.com/aWcJkfKZgR
— Superkiram (@Superkiram1) May 10, 2022
Sumber: Tiktok, rdaksi