Semasa

Tengah sedap jamah bakso terjumpa ekor tikus dalam bebola daging

Bakso atau bebola daging merupakan makanan ringan kegemaran di Indonesia yang banyak dijual sama ada di restoran atau gerai-gerai di tepi jalan.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di TikTok yang mendakwa bahawa hidangan bakso yang dijamah pengguna TikTok itu diperbuat daripada daging tikus.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram @leogirl631 dan kemudian dikongsikan pada akaun Instagram bernama @gosipnyinyir2.

Memetik laporan Suara.com, wanita itu telah memuat naik video tersebut dan menunjukkan daging yang dimakan olehnya.

Bakso itu dihidangkan di atas sebuah mangkuk plastik berwarna jingga. Kelihatan bakso itu dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimakan.

Tengah sedap jamah bakso terjumpa ekor tikus dalam bebola daging

Bebola daging itu tinggal sedikit sahaja lagi dan yang selebihnya sudah dimakan. Bagaimanapun, pengguna TikTok itu terus berhenti makan kerana menemui sesuatu yang ‘aneh’.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat daging yang panjang dan bertekstur halus seperti ekor tikus.

Daging itu cuba dipotong menggunakan sudu tetapi tidak berjaya kerana ia kenyal seperti ekor haiwan.

“Beli bakso itu di Karawang. Jadi trauma nak makan bakso. Dah lah malam itu lapar sangat, makan sekali dengan nasi. Terpaksa dimuntahkan semula makanannya sampai perut kosong balik,” tulis pengguna TikTok itu.

Difahamkan, dia mahu membawa lebihan bakso tersebut ke makmal untuk melakukan pemeriksaan tetapi tidak berlaku.Jadi, tidak dijelaskan sama ada ketulan daging itu benar-benar ekor haiwan atau tidak.

“Terus geli simpan dekat dapur, terus muntahkan balik semuanya. Kalau beli lagi, kemungkinan bahannya daging yang sama ke tak ya? Saya simpan di dapur dekat tempat basuh pinggan dan agaknya suami saya sudah buang semua bakso itu,” katanya lagi.

Perkongsian video itu mengundang kekecohan dalam kalangan netizen di negara tersebut khususnya bagi penggemar bakso.

“Kalau harga ayam atau daging mahal, harga bakso boleh dinaikkan. Jangan menipu guna daging tikus,’’ tulis seorang netizen.

“Kalau boleh beritahu siapa yang menjualnya dan di mana biar cepat diselesaikan. Kesannya berlaku keatas peniaga bakso lain. Semoga isu ini tidak terlepas dalam kalangan masyarakat,’’ komen netizen lain.

“Itu nama dia bakso mickey mouse,” kata seorang netizen.

“Jadi tak selera nak makan bakso,” kata seorang lagi netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Kamera (@faktakamera)

Sumber: Kosmo