Umum sedia maklum, tahap kesihatan penyanyi lagenda, Zamani Slam tidak seperti dahulu lagi. Beliau juga tidak menyembunyikan tahap kesihatannya dan ia jelas kelihatan pada fizikalnya yang sedikit berubah.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Zamani sebelum ini pernah menyatakan beliau mengalami masalah tulang belakang. Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu juga tidak menafikan penyalahgunaan dadah pada zaman lampaunya turut memberi kesan kepada penyakit dihidapinya kini.
Sedih tengok keadaan Zamani
Klip video persembahan itu juga dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan pelbagai komen peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun keadaannya semakin berubah.
Nampak agak kurang selesa dengan struktur tulang belakang
Rata-rata nertizen yang meninggalkan komen di TikTok Anna Sofia, mengakui kagum dengan sosok penyanyi itu walaupun ada sedikit kasihan melihatnya yang masih terus menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.
Mereka turut mendoakan kesihatan Zamani agar terus membaik pulih dan kekal sihat serta dapat terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantunya’.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
View this post on Instagram
Sumber: TikTok Anna Sofia