Semasa

Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pengumuman bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula pada 4 Julai ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat respon negatif daripada orang ramai mengenai pengumuman itu apatah lagi selepas tiga tahun barulah mahu dikuat kuasakan.

Malah, ramai yang meluahkan rasa bimbang kerana memikirkan mengenai kos yang akan meningkat kerana perlu mendapatkan pelitup muka yang mempunyai cop sirim.

Pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP.

Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna yang menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 ini telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April 2022.

Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian
Sumber infografik: BERNAMA

Menurut info dari BERNAMA, jika undang-undang ini gagal dipatuhi, PENGILANG & PENGIMPORT individu atau syarikat boleh dikenakan tindakan keras.

Individu ini akan didenda tidak melebihi RM100,000 / dipenjara tidak melebihi 3 tahun penjara / kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya

Jovian Keluarkan Mask Cop Sirim

Perkara itu turut mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang memaklumkan orang ramai tidak perlu panik kerana ia akan dikuat kuasakan pada 4 Julai depan.

Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian Sirim Kena Ada Utk Banteras Pelitup Muka Hauk kat Pasaran, Guna Mask Kami – Jovian

Menerusi satu entri, menantu kepada Perdana Menteri itu turut menjelaskan mengenai pelitup muka keluarannya selamat dipakai kerana telah diiktiraf oleh MDA (Medical Device Authority) sejak 2020 lagi.

Dalamm pada itu, Jovian turut bersetuju degan langkah kerajaan mengenai cop Sirim pada pelitup muka kerana sekaligus dapat membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terdahulu, selepas sehari mengumumkan mengenai perkara itu, kerajaan telah pun bersetuju untuk menunda penguatkuasaan tersebut selepas mengambil kira maklum balas daripada umum.