Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming, selebriti masakan media sosial yang terkenal di Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Khairul Aming akan berkongsi video 30 resepi sempena 30 hari bulan Ramadan buat semua pengikutnya di media sosial.
Menjelang bulan Ramadan tahun ini, kita dapat lihat bukan sahaja Khairul Aming yang menyajikan video-video masakan untuk dikongsikan bersama pengikutnya. Malah, ramai yang sudah mula untuk menceburi dalam bidang ini dengan berkongsi video-video resepi masakan mereka di media sosial seperti Instagram dan TikTok.
Isu hangat
Baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang influencer, Aiman Salim atau lebih dikenali dengan panggilan Bangman berkongsi rasa sedihnya apabila ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif dan menganggap dia cuba untuk meniru dan menjadi seperti Khairul Aming.
So aku ada jumpa some tweets yang cakap belakang tentang aku tiru 'khairul aming'. Lepastu diorang kata takut nak tegur aku, sebab nanti kena bash dengan fans bagai. Ok kau nak main indirect, takpa meh sini aku cerita.
— bangman (@aimansalim_) April 7, 2022
Respon Khairul Aming
Bagi pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu, dia tidak kisah jika terdapat banyak video seolah-olah ‘meniru’ konten dihasilkan sebaliknya saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, pemuda berusia 30 tahun itu menggesa lebih ramai golongan kreatif tampil mencipta konten sama bagi menaikkan lagi industri masakan di tanah air.
Ramai tag pasal ‘meniru’
since ramai yg tag dari smalam aku just nak cakap please please meriahkan lagi content industry kat malaysia. kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ni
— Khairulaming (@khairulaming) April 8, 2022
“Aku just nak cakap please please meriahkan lagi content industry kat Malaysia. kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ni,” tulisnya semalam.
Khairul Aming berkata, sebelum ini dia berbincang dengan golongan kreatif terdiri daripada pelbagai bidang untuk menghasilkan pelbagai konten hebat seperti negara lain yang masing-masing sudah maju dengan cara tersendiri.
Kita patut lakukan perkara sama!
Malah, pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga meminta netizen menghargai usaha individu lain dalam menghasilkan konten yang disifatkan bukan mudah untuk membuat satu video masakan sebelum menjadi tontonan ramai.
Harap tak berbangkit lagi isu ni
“Tahun ni dah makin ramai develop creative content, kat TikTok pun dah makin meriah. Keep up the momentum and network with each other. Negara kita ni banyak local talent, jangan kita sekat talent tu. Rugi nanti,” katanya lagi.
Bermula dengan video ‘suka-suka’, siapa sangka Khairul Aming mencipta fenomena sendiri apabila jualan Sambal Nyet miliknya mencecah jutaan ringgit dalam tempoh setahun.
Dari 6 Jan 2021 ke 6 Jan 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta. Sehingga hari ni 2 Mar 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan sales RM 8.6 Juta. pic.twitter.com/BVFAdqWrDG
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Sedangkan Khairul Aming pon sokong dengan peningkatan video content masakan sempena bulan Ramadan ni. Kita ni janganlah keruhkan lagi keadaan sebaliknya, kita sokonglah industri content di Malaysia. Susah tau nak buat dan edit video.
Sumber: Khairul Aming