Hiburan

Kini Kumpulan Raihan Tampil Beri Ulasan Kes Yasin Ini, Mereka Ceritakan Keperibadian Yasin Yg Ramai Sebenarnya Tidak Tahu

Baru ini, dari Kumpulan nasyid popular tanah air, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan menanam pokok g4nja di kediamannya.

Ahli kumpulan ini, menyifatkan Yasin merupakan seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu sebenarnya.

Sahabat Yang Baik

“Dia seorang sahabat yang baik,Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum nya.

“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bip0lar.

“Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak.

Kini Kumpulan Raihan Tampil Beri Ulasan Kes Yasin Ini, Mereka Ceritakan Keperibadian Yasin Yg Ramai Sebenarnya Tidak Tahu

Kumpulan Raihan ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar The Locos.

Dalam pada itu juga, kumpulan Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.

Bersangka Baik; Berdoa

“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya.

“Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa.

“Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac dikediamannya atas tuduhan memiliki d4d4h jenis g4nja.

Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan hukuman gantung m4ndatori mengikut Seksyen 39B Akta d4dah Berb4haya 1952 jika sabit kesalahan.

SUMBER:GEMPAK/awattshiekhh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.