Sensasi

Kes Kem4tian 8 Remaja Basikal Lajak, Wanita Dipenjara 6 Tahun Dan Denda RM 6 Ribu

Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Sam Ke Ting, 27 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4tian lapan remaja berbasikal lajak kira-kira lima tahun lalu.

Mengenepikan keputusan melepas dan membebaskan Mahkamah Majistret

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Mahkamah Tinggi Johor Bharu hari ini memerintahkan kerani wanita itu dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000.

Kes Kem4tian 8 Remaja Basikal Lajak, Wanita Dipenjara 6 Tahun Dan Denda RM 6 Ribu

Ia sekali gus mengenepikan keputusan yang dibuat Mahkamah Majistret pada tahun lalu. Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi hari ini (Rabu).

Difahamkan, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan di akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

Menurut Hakim dalam keputusannya, pendakwaraya telah berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Oleh sebab itu, mahkamah tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Jika gagal membayar denda, responden, Sam Ke Ting diperintah menjalani hukuman penjara selama enam bulan. Selain itu, responden juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun apabila selesai hukuman penjara nanti.

Jelas hakim Mahkamah Tinggi, responden diputuskan bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dikenakan selepas melalui perbicaraan penuh, bukannya kes pengakuan bersalah.

Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan nyawa. Kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

Tambah beliau lagi, dalam menjatuhkan hukuman, pihak mahkamah mengambil kira hujahan pihak berkaitan dan melihat pelbagai faktor termasuklah mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.

Kes Kem4tian 8 Remaja Basikal Lajak, Wanita Dipenjara 6 Tahun Dan Denda RM 6 Ribu

Untuk makluman, kejadian yang meragut 8 remaja bawah umur itu berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Mereka yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.