Semasa

DicabuI dan dis4mun pemandu E-hailing, wanita dari Sabah nekad terjun dari kereta selamatkan diri

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dicabul dan disamun seorang pemandu kenderaan e-hailing yang dinaikinya berhampiran kawasan dalam satu kejadian berhampiran Jalan Kionsom, Inanam, pagi Khamis (31 Mac).

Mangsa merupakan seorang jurujual berusia 19 tahun pada mulanya menaiki kenderaan e-hailing jenis PERODUA Axia berwarna biru gelap untuk ke tempat kerjanya di Manggatal.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Rakman, pemandu yang dikenali sebagai ‘Zahir’ memberitahu mangsa bahawa dia terpaksa menggunakan jalan pintas kerana laluan utama sesak.

Suspek kemudian meminta mangsa pindah ke tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa akur dan sebaik saja duduk di hadapan, suspek memegang paha mangsa.

Pemandu itu kemudian didakwa mengeluarkan pisau kecil dari begnya dan meminta mangsa menyerahkan wang.

Atas keselamatan diri, mangsa nekad melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak dan melarikan diri dengan berjalan kaki.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan teruk di kakinya.

DicabuI dan dis4mun pemandu E-hailing, wanita dari Sabah nekad terjun dari kereta selamatkan diri
Semakan awal pihak polis mendapati, nombor pendaftaran kenderaan suspek adalah palsu dan didaftarkan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga. Kejadian itu turut dikongsi oleh majikan mangsa menerusi laman sosial Facebook.

“Staff saya tak jadi turun kerja gara-gara dia hampir kena rogol oleh pemandu e-hailing. Dia bertindak melompat dari kereta yang sedang bergerak dan mengalami kecederaan,” katanya.

DicabuI dan dis4mun pemandu E-hailing, wanita dari Sabah nekad terjun dari kereta selamatkan diri

 

Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumt untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat di IPD Kota Kinablu, Inspektor Riduan Abd Majid di taliang 010-5144059 untuk membantu siasatan.

Sumber: Deasoka