Semasa

Baru 3 bulan berkahwin, pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu

HARAPKAN panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulakan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.

Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plantif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Baru 3 bulan berkahwin, pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu

Gambar perkahwinan Mak Wan dengan Husain Dolah.

Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.” – Peguam Husna

“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.

Baru 3 bulan berkahwin, pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu

Peguam Husna Hamdan mewakili Husain Dolah.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi mStar pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Sumber: Mstar