Semasa

Usia Separuh Abad Tapi Rupa Macam 25 Tahun!

Ramai orang yang tak percaya, wanita ini rupanya sudah berusia 53 tahun! Ini kerana jika dilihat dari rupanya, masih lagi kelihatan seperti berumur di awal 20an! Namun sebenarnya, memang betul usia wanita ini adalah 53 tahun!

Menurut portal Suara.com, wanita yang berstatus nenek dikenali dengan nama Puspa Dewi, menjadi tular selepas fotonya dimuatnaik seorang pengguna di Twitter.

Antara foto yang tular adalah perbezaan wajah Puspa bersama suaminya pada tahun 1993, dengan foto terkini mereka tahun 2020.

Usia Separuh Abad Tapi Rupa Macam 25 Tahun!

“Ini manusia atau pontianak?” tulis antara komen pada gambar tersebut.

Wajah Puspa kini nampak jauh lebih muda berbanding tahun 1993, meskipun usianya kini mencecah separuh abad.

Usia Separuh Abad Tapi Rupa Macam 25 Tahun!
Menurut Puspa, beliau gemar melakukan aktiviti senaman sejak dari zaman persekolahan, yang mungkin menjadi rahsia kepada wajah dan tubuhnya yang kekal remaja.

Usia Separuh Abad Tapi Rupa Macam 25 Tahun!

Wanita berusia 53 tahun ini sudahpun bergelar nenek dan mempunyai cucu..

“Sejak dari dulu semangat untuk bersenam tetap sama dan tidak pernah luntur,” katanya.

Sumber: Suara.com / IG @puspadewihc