Hiburan

-Dugaan Lan Solo, Dis4man Siti Nordiana Berjumlah RM2.5 Juta, Anak Pula Dikejarkan Ke H0spital-

ANAK lelaki kepada penyanyi Lan Solo terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatran di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.

Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 37, anaknya Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.

“Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi.

-Dugaan Lan Solo, Dis4man Siti Nordiana Berjumlah RM2.5 Juta, Anak Pula Dikejarkan Ke H0spital-

“Jadi saya terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Lan, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas.

Tambahnya, anaknya itu sebelum ini sudah disahkan mengalami asma.

Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan.

“Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya.

“Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar.

-Dugaan Lan Solo, Dis4man Siti Nordiana Berjumlah RM2.5 Juta, Anak Pula Dikejarkan Ke H0spital-

“Akid memang ada masalah asma sejak usia empat tahun cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelasnya.

Disebabkan tahu keadaan kesihatan anaknya itu, Lan juga sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan akan terus membawa anak menerima rawatan jika berlaku sedemikian.

“Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas.

“Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya.

Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009.

Selain Akid mereka juga mempunya tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.

Tuntutan lebih RM2.5 juta, kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan dipindah ke Mahkamah Tinggi

PERBICARAAN kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan, Sam Samin dan Aida G memberitahu jumlah kes saman secara keseluruhan sebanyak RM2.5 juta adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Sejak awal lagi kami sudah sedia kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana melihat kepada jumlah saman secara keseluruhan.

“Buat masa sekarang kami belum mendapatkan tarikh bagi perbicaraan selanjutnya di Mahkamah Tinggi,” jelas Hafidzah kepada mStar.

Menurut Hafidzah lagi, dia dan dua anak guamnya sudah bersedia seperti mana perbicaraan yang dijalankan sebelum ini.

“Ada beberapa permohonan yang tidak didengari di Mahkamah Sesyen sebelum ini, jadi kami harap ia akan dapat dilaksanakan di Mahkamah Tinggi nanti.

-Dugaan Lan Solo, Dis4man Siti Nordiana Berjumlah RM2.5 Juta, Anak Pula Dikejarkan Ke H0spital-

“Daripada sudut undang-undang saya melihat kami mempunyai peluang baik dan sudah bersedia untuk kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Siti Nordiana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: