Sensasi

Berebut Beli Ikan Harga 10sen Seekor Di Kelantan. Sekali Netizen Perasan Satu Benda Yg Memang Menyedihkan

Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seekor, ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, video yang menyaksikan sekumpulan penduduk berebut-rebut bagi mendapatkan ikan tersebut tular.

Melihat pada perkongsian berdurasi lima saat itu lagi, ramai lelaki dan wanita berpusu-pusu tanpa mengamalkan penjarakan sosial mengelilingi kaunter ikan terbabit yang sudah hampir habis.

Antara komen komen netizen:

Berebut Beli Ikan Harga 10sen Seekor Di Kelantan. Sekali Netizen Perasan Satu Benda Yg Memang Menyedihkan

 

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat ramai warga Kelantan berebutkan ikan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang gelisah melihatkan keadaan tersebut yang mungkin menjadi pencetus bagi kluster baru COV-19 di Kelantan.

VIDEO:

“Makcik pakcik tak kisah dah bertempur asalkan dapat ikan 10 sen, ooo berat,” komen seorang wargamaya.

“Pasni keluar kluster 10 sen dari Mydin,” ujar seorang wargamaya.

“Sabar makcik, penjarakan out,” luah seorang wargamaya.

“Campur habis lelaki perempuan,” kata seorang wargamaya.

“SOP oii, mari polis nanti tu kena semua sek demo,” tulis seorang wargamaya.

“Kelantan takde Covid kot,” usik seorang wargamaya lagi.

Difahamkan pembukaan cawagan pasar raya ke-67 di Kelantan ini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi Mydin terbesar di Malaysia.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: