Semasa

‘Berdiri Uban Jambang Aku’ – SOG, Shila Amzah Menang AJL36. Tapi Komen Sharnaaz Paling Curi Perhatian

” Kami hanya menjadi diri sendiri dengan mempersembahkan karya kami kepada peminat..”

Itu kata-kata Raja Nazrin Shah, vokalis kumpulan SOG selepas diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung malam tadi.

Meskipun beraksi buat kali pertama di pentas AJL, Raja Nazrin berkata pastinya ia menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kumpulan SOG.

Malah beliau juga berharap kejayaan itu membuka mata band indie seperti mereka untuk terus memperjuangkan hasil karya berkualiti dan mampu bersaing dalam pertandingan berprestij sebegini.

” Untuk mereka yang mahu berjinak-jinak menghasilkan lagu, kenali diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain.

” Karya yang unik itu akan terhasil jika ada percaya pada kemampuan diri sendiri,” ujar kepada mStar.

‘Berdiri Uban Jambang Aku’ – SOG, Shila Amzah Menang AJL36. Tapi Komen Sharnaaz Paling Curi Perhatian

Selain Raja Nazrin, SOG atau Sekumpulan Orang Gila dianggotai oleh Riko Agus, Raja Nazmin Shah, MK Ridzuan, Abdul Qayyum dan Amsyar Saiful.

Lirik lagu tersebut ditulis oleh Fazleena Hishamuddin dan SOG tampil berkolaborasi dengan penyanyi Shila Amzah.

Tambahnya, dia tidak menyangka dan bersyukur lagu yang dicipta pada 2018 itu akhirnya diangkat menjadi juara AJL36.

” Lagu tersebut telah dicipta pada tahun 2018. Kami sendiri tidak sangka akan sampai ke tahap ini.

” Tidak kira cepat atau lambat, Tuhan telah berikan jalan yang terbaik untuk kami menang pada malam AJL36 kali ini,” ucapnya.

Respon Sharnaaz Ahmad curi perhatian

Sementara itu di Twitter, pelakon, Sharnaaz Ahmad sempat memuat naik komen dan pandangannya mengenai persembahan para finalis yang bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke-36, malam ini.

Ko s4kit ke mat?

Sharnaaz sempat memuat naik satu tweet yang berbunyi ‘ko sak1t ke mat?’ sebaik sahaja penyanyi, Yonny Boii selesai melakukan persembahan.

Yonny yang menyanyikan lagu ‘Salahku’ kelihatan ‘in character’ ketika melakukan persembahan tersebut dari awal sehingga akhir. Lebih mencuri tumpuan, Yonny dilihat tergantung setelah selesai melakukan persembahan.

Menerusi komen tersebut, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan Sharnaaz dan menyatakan Yonny Boii sengaja memilih tema ‘sakit’ untuk persembahannya malam ini.

Berdiri bulu uban jambang aku

Paling mencuri perhatian adalah Sharnaaz turut memberikan reaksi beliau kepada persembahan kumpulan SOG dan Shila.

Tulis Sharnaaz, persembahan Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah telah membuatkan bulu jambangnya berdiri.

” Pelukan angkasa SUPERB MUSIC! Berdiri bulu uban jambang aku. SOG dan Shila kalau tak menang, baik bubar je AJL.

” Boleh dah kot Up prize money.. trofi ni kat rumah buat habuk ja, Make our industry exclusive and rewarding for the love of ART.

” Done, tak perlu bubar. Tahniah Sha and SOG.” tulis Sharnaaz yang dari awal berharap lagu tersebut meraih tempat di Anugerah Juara Lagu kali ini.

Ntizen usik Sharnaaz dan Shila

Dan yang lucu nya apabila ada ntizen cuba mengusik Sharnaaz dan Shila. Ini kerana umum mengetahui Sharnaaz dan Shila Hamzah pernah bercinta sebelum ini.

“Adakah cinta bakal bertaut kembali ni, mengikuti percintaan Bang Jebat bersama Sis Shilalala suatu ketika di zaman persekolahan.”

” Mentang-mentang dua dua dah single. pui lah mamu hahahahahahahah”

” Tetiba teringat lagu ni; Tiara menggamit kenangan zaman persekolahan ahaha…” tulis ntizen.

‘Berdiri Uban Jambang Aku’ – SOG, Shila Amzah Menang AJL36. Tapi Komen Sharnaaz Paling Curi Perhatian

Sebagai juara edisi kali kini Shila dan SOG membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Bercakap kepada media, Shila Amzah yang memberikan persembahan memukau pada malam Ahad itu juga memberitahu berasa lebih tenang beraksi di pentas AJL.

” Mungkin sebelum ini saya masuk AJL atau separuh akhir mempertaruhkan lagu sendiri, jadi perasaan gementar itu sukar untuk digambarkan.

” Kali ini mereka yang memberi saya satu tenaga untuk menyampaikan lagu tersebut dengan penuh semangat,” kata Shila.

Senarai pemenang AJL36

Terdahulu, mStar melaporkan Neelofa meramalkan Pelukan Angkasa dan Mimpi nyanyi Haqiem Rusli sebagai calon juara AJL36.

Sementara itu naib juara milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan dan tempat ketiga adalah Mimpi (Haqiem Rusli). Naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh Marsha Milan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000.

Manakala vokal terbaik menjadi milik Aina Abdul dan membawa pulang RM12,000.

Anugerah Penyanyi Pilihan Popular dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar.

Malam AJL36 turut dimeriahkan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassian ketika pembukaan.

Dayang Nurfaizah tampil membuat persembahan bagi segmen penaja AJL36.

Kumpulan Wings turut tampil membuat persembahan pada malam tersebut.

Kesemua persembahan diiringi oleh okestra di bawah pimpinan Datuk Ramli MS.

Barisan juri terdiri daripada Datuk Mozhani Ismail sebagai ketua juri, LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Habsah Hassan, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim dan Faizal Tahir.

AJL36 yang membawa tema Ini Rentak Kita berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad dihoskan oleh Alif Satar, Nabila Huda dan Sissy Iman.

Sumber:mstar dan Twitter Sharnaaz Ahmad via thebolalive