Semasa

Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai maati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian

Sementara itu, Yasin mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.

Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian

Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian

Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian Berdepan Hvkuman Maati, Keadaan Yasin Semakin Teruk Apabila Isteri Failkan Penceraian

 

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin). Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya.

Kata Zain lagi, ahli keluarga mereka juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Yasin dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan lelaki itu melalui fasa perceraian dengan isteri yang memburukkan kesihatannya.

Katanya, Yasin juga tiada rekod negatif dan banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karyanya sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.

“Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Katanya lagi, dalam serbuan tersebut pihak polis turut menemui satu bekas plastik di atas kabinet dapur mengandungi dua plastik lut sinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.

Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk 17 pokok ganja terbabit dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih.

Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan ganja kering di sekitar daerah ini.

“Berdasarkan pengakuan suspek, pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri. Kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan benih berkenaan,” katanya.

Hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia positif ganja dan mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

Terdahulu, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dimaklumkan Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu.