Semasa

Selalu Bntu Orang, UncleKentang P0hon Doa. Ini KeadaanTrkini Beliau DiH0spital

Puchong – Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, aktivis sosial berketurunan C.ina yang sangat sinonim dengan kerja-kerja kebajikan.

Di kalangan orang melayu sahaja, Uncle Kentang adalah salah seorang hero, membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan dalam membantu mereka yang mempunyai m.asalah kewangan. Baginya untuk melakukan kebajikan, tidak perlu masa dan tempat yang khusus dan semua manusia harus berganding bahu untuk membantu satu sama lain.

Berpunca dari pengalaman hidup yang susah suatu ketika dahulu, Uncle Kentang tidak mahu perkara yang sama dialaminya berulang kepada orang lain kerana itulah dia cuba membantu selagi terdaya.

Dia menyediakan kemudahan teksi 10 sen hinggalah van j.enazah RM 1 semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Bercakap mengenai permulaan dia melakukan kerja-kerja sosial ini, Uncle Kentang berkata, dia bermula dengan memberi makanan kepada mereka yang susah tetapi kemudian dia menemui situasi yang lain pula iaitu mereka yang susah juga sukar untuk mendapatkan rmawatan kerana tiada wang.

Kredit Gambar

“Apabila mereka ingin ke h.ospital, mereka perlu menaiki bas dari satu tempat ke satu tempat. Ini sangat menyusahkan. Jadi, saya sediakan khidmat teksi dengan bayaran 10 sen untuk membawa mereka pergi ke hospital dan balik ke rumah,” katanya.

Bagi Uncle Kentang, dia akan cuba membantu semua yang memerlukan pertolongan dekat dan jauh. Bantuan dan sokongan yang diterima dari orang ramai dan rakan-rakannya juga banyak membantu dia merealisasikan impiannya untuk membantu orang ramai.

Pohon Doa Orang Ramai

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 57, atau Uncle Kentang mengesahkan dirinya positif C.ovid 19 pada Isnin.

Berkongsi berita d.uka menerusi hantaran di laman Facebooknya, Uncle Kentang bagaimanapun tidak mend.edahkan bagaimana beliau mendapat ja.ngkitan tersebut.

“Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A C.ovid positif. Bubuh oksigen,” katanya di laman Facebooknya itu pada Isnin.

Dalam hantaran berasingan, Uncle Kentang sebelum itu meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai h.ospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan C.ovid-19.

Dalam pada itu, beliau turut mengadu mengalami keletihan berikutan jadual pekerja yang padat termasuk ke kampung Paim Jelebu untuk mengagihkan dana b.anjir sebelum pulang semula ke Puchong pada hari sama.

Kredit : SH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.