Semasa

“Kecik2 Tone Suara Dah Sedap Dan Padu” – Tular Rakaman Aweera Menyanyi Masa Kecil, Stail Pun Sama Sampai Sekarang

” Powerr suara dia, antara penyanyi yang mempunyai tone suara paling tinggi di Malaysia”

Itu antara komen yang pernah diberikan peminat yang memuji kemantapan suara penyanyi, Aweera selepas beliau membuat persembahan secara ‘live’.

Umum mengenali pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham ini merupakan pemenang tempat ke-6 dalam rancangan realiti TV, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini.

Name Aweera sebelum ini pernah berada di kemuncak sewaktu menjadi vokalis kumpulan Mojo.

Imejnya yang berambut kerinting dan suara serak-serak basahnya memang best dan sesuai sangat dengan lagu Romancinta, lagu yang menaikkan nama Aweera dan Mojo.

Sebenarnya sewaktu kemunculan pertama Aweera menerusi rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim ketiga (OIAM3) siaran 8TV pada 2009 telah pun meraih perhatian peminat lagu rock.

Ketika itu, penampilan Aweera seakan memberi petanda bakal muncul penyanyi rock yang bakal mewarisi kehebatan penyanyi lagenda seperti Amy Search dan Awie Wings.

Komposer terkenal, M. Nasir sendiri ketika sesi penjurian persembahan Aweera dalam Gegar Vaganza baru-baru ini berkata beliau mahu melihat Aweera bangkit dan berjaya sebagai penyanyi selepas ini.

Bakat Aweera sememangnya satu dalam sejuta, dan mungkin ramai tidak tahu bakat sebagai penyanyi rock sudah nampak dalam diri Aweera sejak kecil lagi.

Persembahan Aweera waktu kecil 20 tahun lalu raih perhatian

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aweera telah berkongsi satu vdeo di mana rakaman beliau menyanyi membuat persembahan kira-kira 20 tahun.

Vdeo itu pada awalnya dimuat naik oleh seorang peminat Aweera.

Menariknya, gaya persembahan Aweera yang ketika itu berusia 11 tahun menyerlahkan bakat beliau sebagai seorang penyanyi rock.

Malah di usia itu Aweera mampu menyanyi lagu kumpulan Wings, Di Penjara Janji, lagu yang diketahui ramai sebagai lagu yang bernada tinggi dengan begitu baik sekali.

” MashaAllah..that is me!!haha…20 tahun yang lepas saya perform untuk first showcase AF1 di perkarangan Istana Arau 2004.. terima kasih Mel_Imsara tag video ni..

” Moral of the story ..semuanya bermula dari bawah ..keep believe in your self..” tulis Aweera.

Stail nyanyi sama dari kecik

Menerusi ruangan komen juga, rata-rata peminat termasuk rakan artis hadir meninggalkan komen memuji kebolehan Aweera menyanyi sejak dari kecil.

Ramai juga yang mengatakan cara Aweera menyanyi masa kecil masih sama sehingga sekarang.

” Style nyanyi sama dari kecik. Tapi awat rambut luruih time ni heran aih” tulis Dini

” Wooooo selamba je tarikkkkkk camtu… dari kecik dah power” komen Adzarina

” Dengar sebutan lirik dh tau tu abang Aweera. Dari kecik suara dah power ya” puji Nasarudin

Biodata dan fakta menarik tentang Aweera

Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham ini merupakan bintang rancangan realiti TV, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Aweera telah berjaya menempatkan diri ke separuh akhir GV8 bersama perserta lain iaitu Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Berikut adalah biodata Aweera

Nama : Nasharul Aweera bin Norhissham atau Aweera
Tarikh lahir: 24 Ogos 1991
Asal: Kangar, Perlis
Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik beradik
Kerjaya: Penyanyi, komposer, pelakon ( masih bujang)

Menarik tentang Aweera

1) Aweera mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak usia lapan tahun dan mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2009.

2) Ketika menuntut di tingkatan empat, beliau pernah menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome yang dianggotai bersama rakan-rakan sekolahnya.

3) Abang sulungnya, Acca juga adalah pemain muzik yang menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

4) Bakatnya diketengahkan menerusi rancangan realiti nyanyian, One in a Million musim ketiga (OIAM3) siaran 8TV pada 2009.

5) Ketika itu beliau baru berumur 18 tahun menjadi antara peserta termuda dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir – di kedudukan ketiga di belakang penyanyi Tomok (juara) dan Esther (tempat kedua).

6) Selepas tamat O1AM3, Aweera pulang ke halamannya di Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

7) Pada 2012, kerjayanya kembali mekar selepas dilamar komposer Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis. Mereka kemudiannya telah menghasilkan dua buah EP.

8) Sebagai vokalis Mojo, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi kemenangan anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013 melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

9) Kntroversi bersama Mojo menyebabkan beliau angkat kaki meninggalkan kumpulan itu pada 2014 dan memilih untuk bergerak secara solo.

10) Beliau kemudian tampil pula bersama kumpulan Prime Domestic diiringi beberapa pemuzik lagenda dan kini beraksi dengan band terbarunya, Pelita Lusoh bagi mengangkat semula namanya dalam industri hiburan.

11) Antara pencapaian beliau termasuklah pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik (bersama kumpulan Mojo) menerusi single Andai Ku Bercinta Lagi di Anugerah Industri Muzik 2012 dan bergelar finalis Juara Lagu edisi 2012, bersama Mojo juga menerusi single Andaiku Bercinta Lagi.

12) Lagu-lagu dipopularkannya seperti Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Romancinta (Mojo), Terhakis, Selamatkan Aku (duet bersama Aepul Roza dan Fiq Halim), Aku Dia Dan Lagu, Wanita Cinta Teragung, Kekaseh Syurga (Pelita Lusoh) dan Sedingin Pluto (Prime Domestic).

Sumber:IG Aweera, iluminasi