Tindakan kanak-kanak yang bermain di jalan raya secara sesuka hati sememangnya boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain.
Walaupun perkara ini sudah banyak kali menjadi perbahasan.
Namun hal tersebut agak sukar dikawal kerana ada sesetengah kanak-kanak memang sukar untuk dinasihati.
Perkara ini samalah seperti tularnya satu video yang diperoleh daripada aplikasi TikTok milik @dato69nadi77.
Ini apabila memuat naik situasi seorang kanak-kanak yang duduk di bawah treler yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Pastinya ia sangat membahayakan kerana bila-bila sahaja kanak-kanak tersebut boleh digilis andai tersilap langkah.
Dia juga dilihat dengan selamba duduk sambil menghayun-hayun kaki dia bawah treler tanpa sedikit pun perasaan takut.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Tak ada orang nak tarik ke budak tu
Orang sabah je faham
Bukan boleh kena tegur sebarangan diorang ni
Sehubungan dengan perkongsian video tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen dengan pelbagai respon.
Ada yang menegur tindakan perakam kerana langsung tidak menegur kanak-kanak berkenaan sedangkan dia tahu ia perkara merbahaya.
Namun, ramai juga yang mempertahankan tindakan perakam video kerana kanak-kanak tersebut merupakan masyarakat Palauh yang ramai sudah faham benar dengan gerak geri mereka di sekitar Sabah.
Takde sape yg berani tegur pic.twitter.com/L2hALYnEvT
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) December 30, 2021