Semasa

Nekad Pecah Masuk Kedai Dapatkan Makanan Sebab Bantuan Lambat Sampai

Walaupun pelbagai unit telah dikerahkan bagi misi menyelamatkan mangsa yang terjejas akibat banjir, namun jika di.lihat masih ramai lagi penduduk yang ter kandas sehingga memakan masa sehingga berhari-hari.

Pecah masuk kedai nak makanan

Kejadian itu secara tak langsung telah mendorong sekumpulan warga a.sing berbuat sesuatu di luar jang.kaan mereka seperti yang dikongsikan oleh Alieff Mukhlis di kumpulan ‘Tolong! Banjir & K3ma.langan’.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, menyaksikan lambakan mangsa banjir berkumpul di hadapan sebuah kedai dengan kelengkapan pelampung dan sebagainya berikutan paras air yang makin tinggi.

Difahamkan, mereka berbuat demi kian kerana sekian lama me nunggu bekalan makanan yang tidak diperoleh penduduk kawasan sekitar berkenaan.

VIDEO

Harap bantuan segera diagihkan

Walaubagaimanapun, Alieff tidak berkongsi lanjut lokasi kejadian sebaliknya dia menerusi kapsyennya berharap agar bantuan untuk mereka segera diberikan.

11,384 mangsa banjir terjejas, 66,015 petugas digerakkan – PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga terlibat dalam kejadian banjir di enam negeri yang terjejas.

Perdana Menteri berkata, sehingga pukul 11 malam ini, sebanyak 188 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu 39 di Kelantan, dua di Terengganu, 84 di Pahang, masing-masing sembilan di Melaka dan Negeri Sembilan dan 45 di Selangor.

Nekad Pecah Masuk Kedai Dapatkan Makanan Sebab Bantuan Lambat Sampai

 

Menurut beliau, semua bantuan dan aset diuruskan dan digerakkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) negeri dan Pusat dengan secara keseluruhan melibatkan 66,015 petugas pelbagai agensi penguat kuasa.

“Sebanyak 5,731 buah PPS tersedia di seluruh negara boleh menempatkan sehingga 1,628,512 mangsa, manakala 500 sukarelawaan skuad Keluarga Malaysia digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa di PPS.

“Sejumlah 521 pangkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tersedia seluruh negara bagi membekalkan keperluan barangan untuk mangsa PPS,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan situasi banjir di NADMA, Puchong, dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, mana-mana mangsa yang memerlukan bantuan diminta menghubungi nombor talian hotline Disasater Command Centre (NDCC) melalui 03-80642400 yang mana di pusat ini menempatkan pegawai-pegawai semua agensi terlibat banjir bagi menjawab dan menerima aduan.

SUMBER: Mohamad Alief Mukhlis (Group) Via Redaksi/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.