Semasa

Fizo Omar Kandas di Lebuhraya KL-Karak. Dia Ceritakan Mcm Mana Boleh Lepas Sampai Ada Yg Kec4m

Petaling Jaya – Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar dan ratusan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak terk.andas di pertengahan jalan selepas berlaku keja.dian tanah r.untuh dan pokok tumbang berhampiran Bentong, Pahang tengah malam tadi.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang kebetulan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah acara menerusi video perkongsiannya dalam Instagram memberitahu semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi tersebut.

“Tanah r.untuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta sangkut di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir dan air sudah mula melimpahi jalan.

“Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tidak lepas,” kongsinya sekitar pukul 12 tengah malam tadi.

Fizo Omar Cerita Macam Mana Boleh Lepas

Terp.erangkap dalam keja.dian tanah r.untuh dan b.anjir yang berlaku di Lebuh Raya Karak-KL menghala ke ibu kota tengah malam semalam menc.emaskan pelakon dan pengacara Fizo Omar.

Dia yang berada di tempat keja.dian sekitar pukul 11 malam selepas pulang dari Kuantan, Pahang bagi menghadiri acara di sebuah spa milik rakannya bagaimanapun selamat tiba di Kuala Lumpur sekitar 3 pagi tadi.

Cerita Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia baru sahaja tiba di kawasan tersebut selepas tanah di situ r.untuh a.kibat hujan lebat.

“Lama juga saya terk.andas di situ semalam. Sedang elok saya sampai, tanah baru sahaja r.untuh di situ. Nak pergi ke depan, tak boleh. Nak patah semula, jalan di bawah dah dinaiki air. Jadi kami tersekat di tengah-tengah.

“Beratus kenderaan terp.erangkap bersama kami termasuk lori, bas dan kereta,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Fizo Omar Kandas di Lebuhraya KL-Karak. Dia Ceritakan Mcm Mana Boleh Lepas Sampai Ada Yg Kec4m

KEJADIAN tanah runtuh yang dikongsikan Fizo menerusi Instagramnya semalam selepas dia terkandas di Lebuhraya Karak-KL.

Tambah Fizo, dia dan rakannya mempertaruhkan n.yawa melawan arus menuju pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan sebelah dengan cara membuka besi penghadang lebuhraya.

“Kami g.amble sajalah buka besi penghadang dan lawan arus. Mujur tak banyak kereta di laluan tersebut. Cuma sepanjang perjalanan, masih ada tanah r.untuh berlaku. Dari situ saya boleh nampak. Ramai yang berpatah balik, tapi ada juga masih tersekat di situ.

“Sepanjang perjalanan, saya nampak ramai turun dari kereta dan cari tempat selamat. Dalam keadaan hujan, dengan anak-anak kecil lagi. Memang kasihan,” katanya.

Lebih kurang 2 pagi, barulah Fizo selamat tiba di sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut sebelum kemudian meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan tiba kira-kira 3 pagi.

“Pagi ini saya tengok video, terkejut sebab ada sesetengah jalan di Lebuhraya Karak dah jadi macam sungai. Di situlah tempat saya tersangkut semalam.

“Tertanya-tanya juga apa nasib mereka semalam. Pandangan saya, pihak LPT sepatutnya ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke lebuhraya apabila berlaku tanah r.untuh dan b.anjir.

“Sebab sehingga pukul 2 pagi, kereta masih lagi menghala ke kawasan terk.andas. Risau dikhuatiri ramai yang s.tuck di situ dan tiba-tiba tanah r.untuh mengh.empap mereka di situ,” katanya lagi yang mendoakan m.angsa terk.andas sentiasa dilindungi dan dibantu secepat mungkin.

Antara Reaksi Orang Ramai

Fizo Omar Kandas di Lebuhraya KL-Karak. Dia Ceritakan Mcm Mana Boleh Lepas Sampai Ada Yg Kec4m

Redah mujur selamat. Kalo tak selamat.. meny.usahkan semua pihak.

Satu t.indakan yang kurang bijak. Itu pon nasib baik lepas, ni kalau jadi apa apa kat tengah perjalanan tu macam mana. Macam tak boleh tunggu je.

Banjir dan tanah runtuh, beberapa laluan masih ditutup di Lebuhraya KL-Karak, LPT1

Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad masih menutup 10 laluan di beberapa tempat di lebuh raya KLK berikutan banjir dan tanah runtuh pukul 8 pagi hari ini.

Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, antara laluan Karak ke Kuala Lumpur yang ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air, iaitu di Kilometer 75.1, KM 74.4, KM69.5 (termasuk hala ke Timur), KM66.4 hingga KM 66.1 (banjir lumpur), KM67.8, dan KM68.

“Pengurusan ANIH juga menutup laluan yang mengalami kejadian tanah runtuh, iaitu di KM69.5 (hala ke Kuala Lumpur), KM66.1 berdekatan Karak menghala ke Kuala Lumpur, manakala di KM52, air masih menaiki atas jalan, tetapi dibenarkan untuk dilalui semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Radzimah, bantuan makanan sedang diuruskan kepada mangsa terkandas termasuk bot penyelamat sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa terkandas keluar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau selanjutnya menjelaskan, kerja pembersihan kawasan tanah runtuh di KM66.1 di laluan menghala ke Kuala Lumpur berdekatan Karak sedang dalam proses pembersihan namun masih ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, katanya, bagi laluan Karak ke Jabor (Terengganu) menghala ke pantai Timur di KM113 dan KM84.6, kawasan jalan masih ditenggelami banjir dan ditutup untuk laluan kenderaan, manakala keadaan air mula surut di KM198 menghala ke Timur dan laluan mula dibuka untuk kenderaan pagi ini.

Fizo Omar Kandas di Lebuhraya KL-Karak. Dia Ceritakan Mcm Mana Boleh Lepas Sampai Ada Yg Kec4m

BEBERAPA buah kenderaan terkandas berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur berdekatan Bentong, Pahang. – GAMBAR IHSAN ANIH BERHAD

“Kita juga memaklumkan mulai pukul 9 pagi lebuh raya dari Genting ke arah Gombak boleh dilalui kenderaan, kecuali jalan lain selepas KM66 masih terhalang dengan banjir dan tanah runtuh.

“Syarikat kami (ANIH Berhad) sentiasa komited dengan memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya berikutan kejadian ini,” katanya.

Katanya, kerja membaikpulih laluan akan dilakukan segera bagi membolehkan pengguna dapat ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Jelasnya, pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Kredit : Kosmo via om

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.