Semasa

Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 16, Selepas Ibu Saudara Ceritakan Apa Terjadi Tiba Tiba Polis Tahan Dia. Ini Sebab Kenapa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ma.ut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini, hari ini.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.

“Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah.

“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 16, Selepas Ibu Saudara Ceritakan Apa Terjadi Tiba Tiba Polis Tahan Dia. Ini Sebab Kenapa

 

Fauziah berkata, dia mendapat tahu anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi Bella, yang dinaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.

Menurutnya, anak saudaranya itu adalah seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah.

Sementara itu, teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella, Jumaat ini.

Am berkata, beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu anaknya hilang.

Polis tahan ibu saudara budak ma.ut terjatuh di Selayang

Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 16, Selepas Ibu Saudara Ceritakan Apa Terjadi Tiba Tiba Polis Tahan Dia. Ini Sebab Kenapa

Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang ma.ut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod jena.yah lampau berkaitan dengan da.dah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kema.tian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya.

Sumber : Harian Metro 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih