Semasa

‘Kami dah beritahu ikan siakap tersebut bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order’ – Wakil restoran tampil beri penjelasan

Langkawi – Tular di media sosial mengenai harga yang perlu dibayar pengunjung ke sebuah restoran sehingga mencecah ribuan ringgit.

Secara kebiasaannya harga perlu dibayar seseorang pelanggan apabila menikmati seekor ikan siakap di kedai tomyam ialah sekitar RM 50 seekor dengan saiz hidangan sesuai dimakan untuk empat orang.

Bagaimanapun, berbeza dengan nasib dialami sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM 1196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram di salah sebuah restoran dekat Langkawi, kedah baru-baru ini.

Hidangan ikan siakap

'Kami dah beritahu ikan siakap tersebut bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order' - Wakil restoran tampil beri penjelasan

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

“Selepas mengelilingi beberapa pulau di Langkawi, kami dibawa ke salah sebuah restoran untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan kami memesan menu yang biasa ditempah di mana-mana kedai tomyam.

“Secara kebiasaan, untuk tujuh orang makan, dua ekor siakap sudah memadai, maka kami pun tempah dua ekor ikan untuk tujuh orang makan berserta menu-menu yang lain,” tulisnya.

Katanya lagi, salah seorang pelayan kedai itu datang bagi mengesahkan saiz ikan dan selepas diberitahu mereka bersetuju untuk mengambil seekor ikan sahaja berdasarkan anggaran saiz yang ditunjukkan.

“Saiz yang ditunjukkan itu hanya besar sedikit daripada ikan yang kita biasa makan di kedai tomyam. Namun, apabila ikan itu sampai kami berasa terkejut kerana ia dapat diisi didalam pinggan besar.

'Kami dah beritahu ikan siakap tersebut bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order' - Wakil restoran tampil beri penjelasan

“Kami pun cakap, ini bukan untuk tujuh orang makan, tetapi mungkin untuk 30 orang makan. Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM 700 hingga RM 800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM 1852.50,” jelasnya.

Antara menu yang diambil mereka ialah ikan siakap RM 1196, sotong sekilogram RM 120, ketam RM 87.20 dan udang RM 200.

Difahamkan, beberapa individu lain juga terpaksa membayar harga mahal antaranya RM 755 bagi dua orang makan selain satu lagi pelanggan membayar harga RM 800.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen apabila ia dikongsi lebih 6,300 pengguna serta mendapat lebih 4,300 komen.

Pihak Kedai Tampil Jelaskan

Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg v.iral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg.

'Kami dah beritahu ikan siakap tersebut bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order' - Wakil restoran tampil beri penjelasan

Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari keja.dian, berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.

Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan ikan merah Dan kerapu, size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing.

Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.

Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memani.pulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.

Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan.

'Kami dah beritahu ikan siakap tersebut bersaiz mega, tetapi customer tetap nak order' - Wakil restoran tampil beri penjelasan

Point kedua berkenaan dgn cad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm 1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm 93.00 total untuk 2 bil tersebut rm 1852.50.

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan pasrah dgn bill juga tu juga order lobster 950g hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood.

Ikan di darat dijual mungkin rm9 per gram tetapi kami menjual rm16 per gram disebabkan ikan hidup. Byk yg dalam komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih