Semasa

Luahan Keluarga Anak Istimewa Yang Dilayan Secara Kasar Di Pusat Penjagaan, Memang Tak Patut Dilayan Sebegitu

Baru baru ini tular satu video rakaman cctv seorang anak Istimewa yang dilayan secara kasar di pusat Penjagaan. Ini luahan Keluarga anak Istimewa tersebut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya terkilan dan sangat marah dengan apa yg telah terjadi kepada anak saya semalam. Anak saya merupakan pelajar di Maikidzcare Center Bandar Baru

Ampang,Selangor.Intervention Centre ini adalah khusus untuk kanak- kanak autistik.

The incident which happened on the 1st October 2021, was truly unacceptable and we have lost trust in placing our child in the care of the Centre.

My child, Tengku Noah is indeed an autistic boy and the reason we send him to this centre because of the representations given by the school. We were made to believe by the representations given to us on their capabilities, skills and knowledge, and as the operator of the Centre that they are more well versed, capable and knowledgeable with the specialises skills and techniques in managing these special children.

We sent Noah to the Centre with the hope that our kid will be safe and will be well take care off. I have previously noted bruises on my son’s body and face but I was always under the good impression that it could probably be due to Noah being too active at school, he could have accidently bumped his head at the wall etc. We trust the Centre.

After picking him back from school,when we saw these marks on my son’s back, we knew for sure that these were not caused by him, couldn’t have caused by him, this was forced on him. Your justification on my son not wanting to eat is not acceptable or sufficient to support the way you treated him.

Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di Centre tersebut, takut akan di apa apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak Center) yang anak saya bertindak kasar. Kesalahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut.

Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mencederakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Saya sebagai bapa yang membayar fee bulanan tanpa gagal, kesal dengan tindakan mereka dan tertanya tanya adakah servis yang sebegini rupa yang ditawarkan kepada kami dengan bayaran fee yg agak tinggi oleh saya.

Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh pakar ataupun seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar warkan oleh pihak Centre, dalam mengendalikan anak-kanak autism? Dengan menggunakan kekerasan? Untuk pengetahuan, pelaku di dalam klip rakaman CCTV ini adalah pemilik dan CEO Pusat Intervensi Maikidz iaitu Sharifah binti Mazlan.

Buat ibu bapa yang lain, saya ayah Tengku Noah , ingin kongsikan video dan photo anak saya dan apa yang terjadi. Anak saya didera paksa makan kerana dia seorang “picky eater”, kes ini telah dilanjutkan ke pihak Polis dan pemeriksaan kesihatan (fizikal dan juga dalaman) telah dilakukan oleh pihak Hospital dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak kami.

Kami kesal untuk mengetahui daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa Center ni tidak mendapat kelulusan dan lesen dari JKM mereka beroperasi secara tidak sah dan pelatih dan guru tidak mempunyai lesen dan kelayakan dalam mengajar anak-anak Autism.

Apa yang saya tidak dapat terima ialah apabila saya meminta justifikasi dari pihak mereka, saya telah diminta antara lain untuk menerima ketentuan Ilahi.

Saya tidak dapat terima tindakan mereka dan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak Centre tersebut. Kanak- kanak ini adalah istimewa dan sekiranya mereka dilayan dengan sebegini rupa, saya tertanya- tanya manakah nilai belas didalam diri dan jiwa mereka ini. Bagaimana dengan nasib anak-anak yang lain ?

Gambar,

Luahan Keluarga Anak Istimewa Yang Dilayan Secara Kasar Di Pusat Penjagaan, Memang Tak Patut Dilayan Sebegitu

 

Luahan Keluarga Anak Istimewa Yang Dilayan Secara Kasar Di Pusat Penjagaan, Memang Tak Patut Dilayan Sebegitu

 

Luahan Keluarga Anak Istimewa Yang Dilayan Secara Kasar Di Pusat Penjagaan, Memang Tak Patut Dilayan Sebegitu

Video,

Sumber FB/twoekesah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: