Semasa

Lelaki Kahwini Periuk Nasi Bercrai Selepas Empat Hari. Alasan Dia Bagi Buat Ramai Tepuk Dahi

Tidak dapat dinafikan sekarang memang musim orang berkahwin dan mendirikan rumah tangga sebab kalau buat majlis kahwin ketika ini, kita tak perlu jemput ramai tetamu kan.

Bagaimanapun, ‘pernikahan’ seorang lelaki di Indonesia ini pula berjaya menghiburkan netizen di Twitter sebab pasangannya bukan biasa-biasa!

Ini kerana pasangan lelaki terbabit bukannya gadis atau manusia, sebaliknya beliau telah mengahwini sebuah periuk nasi elektrik.

Kisah tersebut lantas mendapat perhatian warganet selepas tular di media sosial.

Namun hari ini, lain pula kisahnya apabila lelaki tersebit akhirnya bercrai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk mencraikan ‘isterinya’ itu.

Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

” Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.

” Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercrai,” kata seorang netizen lain.

Lelaki Kahwini Periuk Nasi Bercrai Selepas Empat Hari. Alasan Dia Bagi Buat Ramai Tepuk Dahi

Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi.

Menurut Suara.com, pemuda yang dikenali sebagai Khoirul Anam itu telah memuat naik tiga keping gambar ‘akad nikah’ dengan rice cooker tersebut. Gambar-gambar tersebut pula ditemani dengan caption yang berbunyi,

Putih, pendiam, pintar memasak. Idaman sekali,” katanya.

Namun, anda jangan salah faham pulak, lelaki ni cuma bergurau je. Dia tak kahwin betul-betul pun dengan peralatan memasak tu.

Dalam gambar pertama, Khoirul dilihat memegang periuk nasi itu yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.

Gambar kedua pula menunjukkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala dalam gambar ketiga, beliau kelihatan sedang duduk sambil menandatangani sekeping kertas.

Biarpun gambar tersebut hanya bahan senda, aksi Khoirul memecah tawa warganet dengan ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi.

” Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.

” Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” Kosmo menukil komen seorang lagi pengguna.

Mungkin ia hanyalah sarcasm di mana di sebalik jokes ni, dia berpendapat bahawa golongan lelaki yang nak wanita pandai memasak, putih dan tak banyak membebel sebagai isteri agar kahwin je la dengan rice cooker ni sebab mana ada orang yang sempurna macam tu sekali kan.

Sumber:k0smo