Semasa

“Dia Tak Cᴜri Berbilion2 Wang Rakyat Pun..” – Harith Iskander PeIik Kenapa Taksᴜb Sgt ‘Bᴜrᴜ’ Sajat?

Sejak beberapa hari ini, dia laman media sosial mahupun di dada akhbar, terlalu banyak media yang melaporkan kisah terkini tentang Nur Sajat. Ini berikutan kenyataan berani usahawan kosmetik kepada media antarabangsa setelah dia berjaya berpindah ke Australia.

Agak mengejutkan, apabila isu ini telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia sehingga trending di laman twitter. Padahal banyak isu semasa yang lebih mustahak perlu diambil perhatian di dalam negara. Perkara ini turut disedari oleh pelawak dan pelakon Harith Iskander. 

“Dia Tak Cᴜri Berbilion2 Wang Rakyat Pun..” – Harith Iskander PeIik Kenapa Taksᴜb Sgt ‘Bᴜrᴜ’ Sajat?
Foto: Oneapps

Hairan Kenapa Orang Taksub Nak Buru Sajat

Menerusi akaun Facebook nya, dia merasa hairan mengapa Sajat menjadi buruan begitu serius oleh pihak berkuasa. Sedangkan dia tidak melakukan kesalahan yang besar seperti membunvh ataupun mencuri berbillion-billion wang rakyat.

“Secara peribadi saya tidak memahami daya tarik  “perburuan” Nur Sajat ini. Ya, saya tahu mengenai tuduhan “sensitiviti agama yang menyinggung perasaan” dan saya tidak memandang rendang tentang hal ini.

Yang saya mempersoalkan adalah perlunya menghabiskan banyak tenaga dan sumber daya untuk memburu seorang individu yang, sejauh yang saya tahu, tidak membunvh sesiapa atau mencuri berbilion-bilion wang rakyat (jika saya salah, betulkan saya).

Tambahnya lagi, dia merasakan pihak tertentu menggukan “boogeymen” iaitu seseorang yang berniat  mengalihkan perhatian rakyat Malaysia.

Saya mempunyai perasaan kadang-kadang pihak tertentu menggunakan “bogeymen” (seseorang yang berniat mengalihkan perhatian) (atau wanita bogey dalam kes ini?) Untuk mengalihkan perhatian dari masalah yang lebih utama dan penting yang HARUS ditangani. Saya tidak tahu … apa pendapat anda semua?”- tulis Harith Iskander.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan Harith. Rata-rata mereka juga sedar bahawa setiap kali isu penting di bincangkan dalam negara lagi-lagi berkaitan politik, pasti ada isu lain yang muncul untuk mengalihkan perhatian semua.

Rasa Terperangkap Dalam Negara Sendiri

“Dia Tak Cᴜri Berbilion2 Wang Rakyat Pun..” – Harith Iskander PeIik Kenapa Taksᴜb Sgt ‘Bᴜrᴜ’ Sajat?

Sebelum ini, New York Times melaporkan Sajat berasa seperti terperangkap di negara sendiri disebabkan undang-undang Malaysia kononnya menghukum dan menganggapnya sebagai seorang lelaki.

“Saya rasa terperangkap di negara sendiri, di mana tempat saya dilahirkan, kerana undang-undang di sana yang menghukum saya dan menganggap saya seorang lelaki.

Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam jadi saya diajar untuk melakukan perkara dengan cara Islam. Saya menjalankan perniagaan halal.”-katanya.

Sumber: murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.