Semasa

Tipu 1 Negara Sebab Kahwin Senyap-Senyap & Nikah 2 Kali, Pasangan Artis Ini Bakal Dipenj4ra 4 Tahun Jika Sabit KesaIahan?

Sebelum ini, nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora menjadi bualan hangat netizen selepas dia dituduh hamil anak luar nikah disebabkan perutnya kelihatan seperti ‘baby bump’ ketika majlis perkahwinannya bersama Rizky Billar yang berlangsung pada Ogos lalu.

Berikutan daripada itu, pasangan ini menepis tudvhan dengan mengumumkan bahawa mereka sebenarnya sudah bernikah secara senyap-senyap pada awal tahun 2021.

Buat majlis akad nikah 2 kali

Tipu 1 Negara Sebab Kahwin Senyap-Senyap & Nikah 2 Kali, Pasangan Artis Ini Bakal Dipenj4ra 4 Tahun Jika Sabit KesaIahan?

Memetik laporan Kapanlagi, meskipun Rizky Billar dan Lesti Kejora sudah menjelaskan perkara sebenar tetapi masih ada dalam kalangan netizen mempersoalkan mengenai majlis pernikahan pasangan ini yang berlangsung pada 19 Ogos lalu.

Hal ini kerana, majlis tersebut yang disiarkan secara live di TV itu berlangsung dengan cukup sempurna mengikut agama dan adat istiadat seperti akad nikah dan sebagainya. Boleh dikatakan seperti pasangan pengantin yang baru sahaja bernikah sedangkan pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri sejak awal tahun lagi.

Ada individu nak lapor polis

Tipu 1 Negara Sebab Kahwin Senyap-Senyap & Nikah 2 Kali, Pasangan Artis Ini Bakal Dipenj4ra 4 Tahun Jika Sabit KesaIahan?

Lebih mengejutkan apabila mendapati majlis tersebut merupakan majlis ‘pernikahan’ kedua Rizky dan Lesti. Oleh hal demikian, ada individu ingin tampil membuat laporan polis dengan mendakwa pasangan selebriti ini telah melakukan pembohongan dan membuat pemalsuan dokumen pernikahan. Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini bakal berdepan hukuman penjara selama empat tahun.

Dakwa individu terbabit, Rizky dan Lesti dikatakan sudah bernikah secara siri, maka tidak ada keperluan untuk mereka melakukan akad sebanyak 2 kali lebih-lebih lagi apabila semua rukun nikah sudah sah.

Namun, ada segelintir netizen seakan tidak bersetuju dengan tindakan individu terbabit yang ingin membuat laporan polis terhadap Rizky dan Lesti sebaliknya yakin pasti ada sebab mengapa selebriti kesayangan mereka itu berbuat demikian. Tidak kurang juga ada di antara mereka meminta supaya setiap individu menguruskan hal masing-masing dan tidak masuk campur urusan kehidupan orang lain.

Sumber: Suara.comKapanlagi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : obulan