Semasa

Niat Nak Tegur Rider Bawa Basikal, Tak Sangka Lepas Tu Ini Yg Jadi

Bermula dengan niat untuk menegur penghantar makanan lain semasa di atas jalan, siapa sangka lelaki yang dikenali sebagai Yuazwan Jusoh berjaya membantu kenalan barunya yang ketika itu berdepan dengan detik cemas.

Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, dan telah menarik perhatian netizen yang memuji akan tindakannya itu.

‘Ayah saya masuk hospital’

Kisahnya bermula apabila lelaki ini, menegur seorang penghantar makanan yang ketika itu hanya menggunakan basikal sebagai medium utama dalam memastikan setiap pesanan yang ditempah sampai kepada pelanggan. Bagaimanapun, dia (penghantar makanan tunggang basikal) secara spontan meminta bantuan daripada lelaki ini.

Bang, tolong bawa saya pergi Hospital Selayang, bapa saya masuk hospital lah. Ha abang tarik je.

Tanpa berfikir panjang, penghantar makanan ini terus menghulurkan bantuan dan menarik basikalnya sehingga sampai ke Hospital Selayang.

Saya jumpa brother ni dari Setapak, ayah dia masuk hospital. Jom kita doakan supaya ayah dia cepat sembuh

Pada masa yang sama, lelaki ini turut menjelaskan terdapat hikmah di sebalik kejadian dia menerima tempahan berhampiran kawasan kejadian.

Kenapa Allah hantar aku order dari Selayang ke Tesco? Rupanya ada insan yang memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brother ni.

Video penuh:

 

satu je aku nak cakap, kau memang terbaik bro. kau memang lejen. aku doakan kau dimurahkan rezeki selalu. moga ayah brader tu pun cepat sembuh. aamiin

 

Goodjob abang panda ,semoga Allah permudahkan segala urusan abg & kawan2 fp 💖🤲🏻

Terbaik abang 👍👍 semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Dan semoga urusan kawan tu dan abahnya dipermudahkan Allah.

semoga murah rezeki bang tolong orang dalam kesulitan, semoga orang yang ditolong dan menolong dimudahkan urusan selalu 🥺

Sumber: Yuazwan Jusoh/Ohbulan/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: