Semasa

Walaupun Menang S4MAN RM1.3Juta Terhadap HospitaI Melaka, Namun Lelaki ni Tetap Tidak Gembira

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada seorang lelaki, Abu Baharin Abu Bakar.

Ini akibat kecuaian pengendali mereka sehingga hilang kaki kanan Abu Baharin.

Hakim Mahkam4h Sesyen Elisabet Paya Wan memerintahkan hospital terbabit membayar ganti termasuk pampasan.

Ini bagi perbelanjaan anggota palsu dan kehilangan pendapatan selepas tuntutan s4man dikemukakan plaintif.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 34 itu tidak tersenyum malah turut mengatakan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ini kerana setelah mengalami kecacatan fizikal tersebut, hubungan dia dan isterinya menjadi tegang sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang. Isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun tidak bersama saya.

Saya berasa sunyi dan kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, lelaki berasal dari Klebang itu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masalah lutut akibat kemalangan motosikal pada 2015 sebelum pihak hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : The Star / Oh My Media / sajagempak