Keluarga

Terjadi Selepas Aku Jumpa Dengan Kekasih Lama Aku. Maksudnya Aku Kenal Mila Dulu Sebelum Kenal Isteri

Sebelum itu, kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah. Bergaduh kecil itu biasalah. Kisahnya bermula selepas aku jumpa semula dengan bekas kekasih lama.

Assalamualaikum. Aku nak meluahkan perasaan aku. Aku nak kenalkan diri sebagai Am, berusia 28 tahun, berstatus suami orang.

Apa yang aku ingin ceritakan biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua kaum lelaki kerana ikutkan hati, aku merana selamanya.

Aku dan Imani (isteri dunia akhirat aku) kenal pada tahun 2015. Ketika itu aku berumur 23 tahun. Kami sebaya.

Berkahwin dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jika ada sekarang, hero aku dah berumur dua tahun lebih.

Pada awal perkahwinan, walaupun aku dah berkahwin dengan Imani, tetapi perasaan sayang aku masih kuat terhadap Mila. Aku cuba untuk beri kasih sayang aku pada Imani tetapi tidak sama seperti Mila.

Imani adalah seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Walaupun dia bekerja syif dan kadangkala selalu balik lewat, tetapi dia masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu.

Dia seorang yang lemah lembut, cantik, tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau melawan aku biarpun tercetus perselisihan faham di antara kami.

Dia menghormati keluarga aku. Boleh dikatakan dia adalah wanita yang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Tetapi aku bodoh dalam menilai dia.

Tetapi Mila pula bekeras mengatakan bahawa itu adalah anak aku sebab dia dan bekas suami dia sudah lama tidak bersama. Hanya aku yang bersama dengan dia sepanjang tempoh itu.

Mila mahu aku menikahinya tetapi dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Aku perlu mencerraikan Imani. Aku dalam dilema ketika itu, aku buntu.

Aku perlu membuat pilihan dan aku memilih Mila. Dia cinta pertama aku dan kandungan itu adalah anak aku.

Pada malam itu, aku menunggu kepulangan Imani. Aku ingat lagi, hari itu dia bekerja syif petang.

Aku diam dan dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerrai terhadapnya. Bukan 1, bukan 2, tetapi 3.

Betapa tegar dan bodohnya aku menghancurkan hati wanita yang betul-betul ikhlas mencintai aku.

Imani terdiam dan akhirnya dia menangis semahu-mahunya. Bertanya di mana silapnya dan apa salahnya sehingga sanggup mencerraikan dia.

Malam itu juga, aku keluar dari rumah, meninggalkan Imani dan anak aku. Aku balik ke rumah Mila.

Kedua-dua insan yang aku abaikan, aniaya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Hitam gelap dunia aku. Aku pengsan serta-merta.

Buat Imani, maafkan abang sayangku. Imani bidadari abang. Imani tetap isteri abang dunia akhirat. Ampunkan d0sa abang terhadap Imani.

Abang rindukan Imani sangat-sangat. Rindu yang tiada berpenghujung. Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila aku kehilanganmu, barulah aku tahu bahawa kau adalah permata.

Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan kamu anakku. Ampunkan d0sa papa, papa rindukan Noah sangat-sangat. Noah tetap dalam kenangan papa. BIla rindu, ku sebut namamu. Tenang dan damailah kekasihku di sana. Al-Fatihah.

Baru aku tahu begitu sakitnya bila kita kehilangan seseorang. Aku sekarang dah macam orang giila talak. Mungkin ini balasan untuk aku.

Kenapa aku cerraikan Imani talak 3? Masa itu aku fikir kalau aku cerraikan Imani dengan talak 3, aku dan Imani tidak akan rujuk semula sebab aku sayangkan Mila.

Rupanya aku tersilap, ini kesilapan yang paling besar aku buat. Penyesalan yang tiada ubatnya.

Kini, setiap minggu aku akan pergi ke kampung aruwah isteri aku untuk menziarahi kubur Imani dan anak aku, Noah.