Keluarga

Rumah dan kereta yg anak mak pakai tu rumah saya. Saya halang dia berterus terang sbb mak pasti malu bukan rumah anak dia

Memang saya bukan menantu pilihan, saya tidak bekerja tetap tapi mak tak tahu sy belajar sampai mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada emak mertuaku H..

Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.

Emak,

Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.

Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak emak. Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa dari emak mertua.

Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospital akibat depresi, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya.

Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.

Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.

Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba dirumah sendiri.

Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.

Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari hari apabila emak enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit diantara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.

Apabila kes cerrai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.

Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.

Buat ibu ibu mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.

Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.

Sekian nukilanku, Laila.

Komen warganet:

Mariam Mahmud: Aku syg menantu2 aku..xkira menantu lelaki atau ppuan..kebahagiaan mereka kebahagiaan saya juga

Sue Anie: Ibu mertua yg ssgt2 bodoh dan sombong….semoga diberi hidayah dan menjadi pengajaran kpd ibu2 dan bakal2 ibu mertua di luar sana.

Norazira Rahman: Wahai ibu-ibu, jangan campur urusan rumahtangga anakĀ² melainkan diminta nasihat. Bagus puan TT bijak dan kuat semangat tuntut fasakh.

Azyda: Sedihnya ats apa yg berlaku…kdg kita cuba utk bahagiakan org lain dgn berkorban…tp pengorbanan yg dilakukan itu hanya sia2…semoga tt terus bahagia…

Sumber: Kuasaviral