Keluarga

Masa Balik Tu Yang Ajaibnya. Baju Dah Sidai, Pinggan Dah Basuh, Baju Pun Dah Lipat Dan Makanan Pun Dah Terhidang

Assalamualaikum. Saya nak share 1 kisah terutama dengan abang2, tok laki2 dan suami2 semua.

Kisahnya begini. Saya ni seorang suami yang sedang cuba menjadi yang terbaik untuk isteri saya dan babah yang terbaik untuk 2 orang puteri saya.

Saya seorang anggota polis. Masa bersama keluarga memang agak terhad.

Tapi walau macam mana pon saya cuba jugak cari masa untuk bantu isteri saya di rumah.

Kalau ada masa saya akan balik ke rumah sekejap dalam 2 jam pada waktu petang dalam pukol 2 petang dan pergi kerja semula. Balik pula dalam pukol 9 ke 10 malam.

Anak kedua berumor setahun, anak pertama 4 tahun. Isteri saya juga mengambil anak asuhan 3 orang, juga masih kecil2.

Satu hari isteri saya tak sihat dan saya mengambil cuti 2 hari serta mengambil alih kerja rumah. Dari pagi sampai petang hanya dapat menyiapkan beberapa kerja. Rumah juga berselerak, anak bermain.

Saya jadii stress dan ada marah sikit pada anak yang sulung. Istri saya yang tengok saya marahkan anak ikot terasa hati.

Oh ya, untuk pengetahuan, saya tinggal di berek polis yang mana bersebelahan je dengan pejabat saya. Jadi saya boleh lari2 sekejap balik rumah kalau ada hal apa2. Sambung semula hal tadi.

Semasa saya balik waktu pagi tu, diam2 saya masuk umah, tengok anak2 elok bermain mainan dalam 1 bilik. Ruang tamu bersih.

Teros ke dapor, baju sedang dibasoh dalam mesin. Atas dapor gas, sedang ada 2 masakan yang tengah dimasak, api pon belum tutop. Nasi pulak sedang ditanak.

Sejak tu saya mula berubah. Tidak lagi marah2 anak. Cuba jugak buat kerja waktu malam. Saya juga sedar,dasyatnya para isteri ni boleh buat 4,5 kerja dalam 1 masa. Sangat hebat.

Para suami, hargailah isteri masing2. Ingatkan kerja kita cari nafkah dah cukup penat. Saya silap rupanya, jaga anak jaga rumah penat tenaga, kena kuat mental.

Buat isteri, terima kasih kerana sanggup korbankan masa, tenaga untuk keluarga kita. Sanggup jadi suri rumah, dan tak pernah melawan saya. Moga awak jadii istri saya sampai syurga.