Keluarga

Semua Perempuan Buat Dari Masak, Kemas Rumah, Angkat Pasu, Tanam Pokok. Mana Lelaki Dalam Keluarga Aku Ni

Nama aku Seri. Berumur 27 dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga aku mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk aku.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang dimana lelaki dirajakan dan perempuan dihambakan dimana kerja kerja rumah dan luar rumah seperti berkebun dilakukan oleh perempuan.

Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua dilakukan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu ku.

Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah aku.

Biasanya ketika makan bersama, aku akan ulang alik ke dapur jika abang abang atau ayah aku menyuruh aku refill air basuh tangan, atau pun buat air panas, atau tiba tiba disuruh untuk goreng telur.

Nak dijadikan cerita, pada 2018, aku bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik aku dan akhirnya jodoh aku.

Suami aku agak misteri. Semasa kami bercinta, aku tidak dapat agak perangai sebenar dia atau peribadi dia.

Aku hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarikat GLC dan mempunyai gaji yang lumayan.

Suami aku merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar. Adik beradik suami aku semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi.

Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibuku bahawa isteri wajib berkhidmat habis habisan untuk suami, aku persiapkan mental dan fizikal aku untuk berkhidmat untuk suami aku.

Tiba hujung minggu, pertama kali aku untuk balik ke rumah family dia. Aku rasa agak nervous. Dalam kepala aku, biasanya orang orang berada ni banyak cekadak sikit.

Sekali lagi aku persiapkan mental dan fizikal aku untuk menghadapi apa apa cabaran.

Aku fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin aku dan ipar ipar aku akan dihambakan lagi.

Baiklah aku bersedia. Aku disambut baik oleh family suami aku. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ.

Tanpa aku sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik baik belaka. Mereka juga mempunyai kerja kerja yang bagus dan masing masing mempunyai degree dalam bidang bidang yang bagus.

Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidang kan makanan sama sama. Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama sama.

Jika ada yang mahu air sedap sedap, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama sama.

Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama.

Aku sangat kagum dengam keluarga ini. Aku tertanya tanya macamana lah ibu bapa mereka didik mereka. Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin.

Aku sangat bersyukur suami aku dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus. Sangat berbeza dengan keluarga aku yang menghambakan perempuan.

Terima Kasih.