Keluarga

Mula-Mula Memang Isteri Buat Muk Bila Bawa Tinggal Rumah Mertua Tapi Dah Lama-Lama Lain Pula

Umur isteri aku 22 tahun. Beza umur dengan aku 29 tahun, tapi dia tetap terima aku walaupun aku tak kacak. Tapi tulah silap bawa dia tinggal rumah mertua

Baca perlahan-lahan dan ambillah tauladan dan pengajaran atas apa yang pernah berlaku kepada aku ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Aku berkahwin tahun lepas. Memandangkan usia aku sudah pun hampir menjangkau 30an. Aku mula mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri.

Aku jenis tidak memandang paras rupa, cukuplah dia pandai membawa diri dan menutup aurat serta setia kepada aku itu sudah cukup.

Aku jugak kenal isteri aku melalui Facebook. Isteri aku orang jauh, aku pula orang semenanjung.

Ego aku sangat tinggi, rasa menyesal pun ada. Tapi jarang aku berlembut hati dengan dirinya, dia selalu mengalah, walaupun sebenarnya dia sedih,

letih tapi dia tetap senyum dengan aku. Mak ayah, adik beradik aku dan anak anak buah aku pun, dia layan baik baik dia sayang.

Dan mesti ada je perkara dia lakukan untuk gembirakan hati aku. Hampir setiap malam dia urut urutkan seluruh badan, kepala aku. Dia tahu aku letih berkerja.

Tanpa aku suruh dia memang akan urotkan badan aku. Kadang kadang hingga aku tidur dia picit picitkan kaki aku, lega je aku rasa. Isteri memang pandai mengurut badan.

Satu hari tu aku pernah tengking, maki istri sebab mak aku marah isteri aku guna sabun untuk basuh baju banyak sangat, membazir.

Aku marah hinggakan dia menitis air mata. Allah je tahu hati aku sebak tengok bini menangis.

Malam tu juga aku minta maaf. Isteri aku hati lembut, dia kata takpa salah dia sebab guna sabun banyak sangat.

Masa mak ayah aku pergi ke rumah kakak aku, selama 2 minggu isteri aku buat segala2nya, kerja rumah memang perfect, bersih sampai kan bilik adik aku yang serupa stor pun bersih dia kemas. Anak2 buah aku pun wangi bersih dia jaga rapi.

Bukan taknak masak tapi dia segan nak masak. Takut takde yang makan. Aku marah dia lagi, aku termaki dia pula. Isteri hanya mampu menangis dan pendam saja.

Aku akui kalau isteri aku masak, mak ayah adik beradik aku macam geli geli je nak makan.

Aku dah terang2 nampak salah family aku tapi aku biarkan saje. Aku tahu mak ayah aku tak berapa suka isteri kerana dia orang jauh dan bukanlah pilihan family aku.

Family isteri aku pun bukan dari golongn yang kaya, jugak bukan alim seperti yang mak ayah aku harap kan.

Dia pernah luahkan hati dan jiwanya tersiksa melalui SMS kerana nafkah zahir batinnya aku abaikan. Dia pernah kata yang dia redha jika aku tak nak melayaninya. Asalkan aku bahagia.

Dia tak pernah merunggut malah dia redha katanya. Dia ikhlas. Kadang kadang aku buat tak tahu sangat kata katanya.

Aku pun tak tahu kenapa aku bdoh sangat tak pernah nak menghargai isteri aku.

Malam tu mungkin kesabaran dia dah habiss. Dia melawan aku, tengking aku. Dia menangis marah aku.

Kini aku sendiri terlalu merinduinya. Aku mencintai dirinya. Dia lah isteri yang terbaik yang aku ada.

Dulu walaupun kadang kadang sifat dia agak keanakkan, buat aku marah, tapi dia lah yang terbaik. Susah aku nak gantikan dia dengan perempuan lain.

Allah, aku rindu dia. Sampaikan kami berpisah dia tetap memohon maaf dan mohon halalkan segalanya.

Memang aku telah halalkan. Cuma aku tak tahu bagaimana nak pujuk dia kembali kepada aku semula.

Aku sayang dia sangat. Rindu dia sangat. Aku malu dengan mak ayah dia sebab aku tak jaga anak mereka elok elok. Aku menyesal! Salah aku sendiri.

Kepada yang bergelar suami.

Hargai isteri awak, kalau boleh jangan la bawa isteri awak tinggal sebumbung dengan mak ayah awak. Nanti jadi macam aku.

Perempuan dia akan sabar selagi boleh, jika dia dah hilang sabar, mereka memang tekad dan tak pandang kita lagi.

Janganlah jadi macam aku, dah pergi baru nak menyesal. Terima kasih admin. Moga kisah ini dapat memberi kita pengajaran.