Keluarga

Datang rumah menantu tp mertua kata semua barang dlm rumah anak lelaki yg beli

Aku seorang menantu yang bekerjaya. Pendapatan bulanan lebih tinggi daripada suami. Berpangkat dalam sebuah syarikat swasta.

Bukan nak bangga atau nak riak sebab semua rezeki itu kurniaan Allah. Kita sebagai hamba kene sentiasa berusaha.

Pesanan mertua, Menantu tidak boleh menyusahkan suami. Menantu kene rajin bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Jangan sesekali meminta-minta dengan suami. Sudah banyak kali mertua cakap macam tu dekat aku. Sampai aku rasa menyampah.

Ada biras aku buat 2 kerja sebab nak tolong ringankan perbelajaan keluarga. Mengambil upah menjahit pakaian dan juga berniaga online.

Tapi, di belakang bermacam-macam perkataan yang kurang enak adik beradik suami kutuk biras. Dikatanya kedekut, berkira dan macam-macam lagi.

Sungguh pelik, tidak cukup duit poket anak lelaki sendiri. Poket menantu perempuan nak ambil peduli.

Kalau datang rumah anak menantu, semua barang dalam rumah dikata anak lelaki yang beli. Rumah milik isteri yang isteri bayar bulan-bulan dikatakan hak milik anak lelakinya. Walau telah diterangkan berkali-kali.

Kalau menantu beli rantai emas, alamat macam nak terbalik dunia. Katanya, barang kemas beliau telah habis digadai untuk sekolahkan anak-anak. Dah tua, duit tak ada nk beli barang kemas.

Rasa nak ajak biras-biras tampal slip gaji anak depa dekat dinding. Pendidikan tak ada lah tinggi mana. Tapi depa rasa macam anak lelaki depa makan gaji 10k sebulan. Pendek kata, dalam family ni menantu-menantu depa semua tak elok.

Kami menantu-menantu ni diam bukan sebab bodoh. Tapi sebab tak nak gaduh dengan orang tua. Tak nak gaduh laki bini. Sudah-sudah la ganggu rumah tangga anak menantu.

Cuba hang pi bukak kitab Al Quran dan Hadis, dari segi nafkah siapa yang patut lelaki utamakan. Tolong cuci otak anak-anak lelaki hang pa tu.

Ye, anak lelaki kene jaga kebajikan mak ayah melebihi isteri. Tapi dari segi nafkah urutannya ialah diri sendiri, Isteri, Anak, Bapa, Ibu, Cucu, Datuk, Saudara dan ahli-ahli keluarga yang lain. Aku rasa nak nasihat kat diaorang ni bawa-bawa la rujuk ustaz.

Menantu yang kahwin dengan anak lelaki kamu tu anak perempuan orang lain. Penat orang tu bela, bagi makan, kasi belajar tinggi. Bila dah kahwin kene tanggung keluarga sebab mertua dan ipar dok kacau.

Semua orang impikan rumahtangga yang bahagia. Jangan disebabkan lelaki tu anak anda dan dalam ISLAM “Syurga di telapak kaki ibu” , anda musnahkan dan porak perandakan rumahtangga anak menantu.

Okay. Dah la. Aku harap penulisan ini dibaca oleh mertua-mertua. Kalau tak pun, ipar duai aku baca.

Kepada biras-biras perempuan ku. Ingatlah, doa orang teraniaya Allah makbulkan. Kita sama-sama doakan mereka dapat hidayah.

Kita sama-sama doakan Tuhan berkati rumahtangga kita dan lindungi dari kejahatan manusia.