Keluarga

Hari Nikah Itulah Pertama Kali Saya Bersua Muka Dengan Isteri. Bila Dia Buka Purdah Tu Sy Tak Terkata

Saya berkenalan dengan isteri atas dasar bisnes , saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah lama berurusan. isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dengan saya.

Saya seorang suami, ayah untuk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan dan jugak seorang medical doktor di hospital kerajaan.

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya luahan saya ni melukakan hati para pembaca.

Beban yang saya tanggung hampir 6 tahun ni, dah tak dapat saya simpan. Diluah m4ti emak, ditelan mti bapak.

Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri,

Saya berkenalan dengan isteri atas dasar bisnes (dropship dari China) , saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri,

setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dengan isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dengan saya.

Saya memang takpernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut untuk menolak cinta isteri, saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak sahaja.

Untuk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan taknak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami.

Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir.

Ada lebih kurang setengah tahun lagi untuk habiskan study saya. Saya dengan isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype.

Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I’m happy for her.

Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama.

Tak pernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan sorang dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya.

Tak pernah dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis.

Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila bergaduh, saya mengadu saya penat dengan kerja, dengan kerenah dia, semua tak kena dengan saya, sampai gigi saya pun jadi isu.

Dia hina gigi saya jonggng, saya pakai braces, dia hina saya selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam).

Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya kasi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++Gaji dia? Langsung tak bantu saya.

Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kadang2 terpaksa keluarkan dividen ASB.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD.

Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama sahaja, anak kami tu. Kalau saya oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu.

Saya start chat dengan Anna, mengaku sebagai bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama. Memang 100% Anna ni perfect dari segala segi.

Saya dengan Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna memang taktaw status saya.

Fbook saya tiada gambar anak atau isteri. Isteri saya? Langsung takpernah tanya saya kemana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja.

Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit.

Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke? Saya tunjuk bukti, kami bergaduh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis.

Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna ( takperlu tinggal pun, lepas Anna taw saya dah berkahwin, dia terus blocked no saya).

Saya dengan Anna putus terus contact, dalam hati saya memang masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berkorban.

Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik.

Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan bulan. Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , saya pakai myvi sahaja.

Disebabkan saya pernah currang, saya pun turuntukan aje, seolah olah tebus d0sa. Nak beranak di Andorra Hospital, padahal saya doktor wad bersalin.

Boleh je beranak di hospital kerajaan, saya boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya.

Sampaikan saya ni hutang dengan kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang.

Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang.

Dia tinggalkan 2 anak dengan kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam sahaja, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pukul 10 pagi keluar, pukul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak.

Saya call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, saya memang nekad nak bercerrai.

Takkan nak currang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Untuk para suami. apa patut saya buat? Kang bercerrai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan Facebook, kalaulah dia cerita di Facebook, memang semua nampak salah saya.

Saya pernah currang, hak penjagaan anak anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia tak pernah jaga anak anak.

Kalau saya pergi currang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih saya lukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula.

Nak bercerrai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nanti kalau si isteri saya viralkan kes currang saya, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia.

Saya nak bercerrai sayang anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sepak terajng saya nanti.

Tapi saya tak sanggup nak hidup dengan isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka.

Pukul dengan hujung kain? Saya kena balik nanti. Report polis? Takdelah dia tendang sepak terajang saya sampai lebam lebam, dia perempuan, sepak pun tak kuat, tolak tolak kepala, tampar aje. Semua takde bukti. Pening saya.

Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat sahaja. Thanks.