Keluarga

Suami Aku Cadang Bawa Mak Dan Adik 0KU Dia Duduk Sekali. Aku Cakap Boleh Tapi Bersyarat

Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa aku..

Nama aku Seri. Umur hampir 40. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (OKU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.

Ceritanya bermula 8 tahun lepas. Masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarikat Carigali terkenal. Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K.

Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki. Dia no 3 dan no 4 adalah adik dia yang OKU.

Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh sakit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.

Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik EL. Akhirnya dia diberhentikan kerja. Bila dia diberhentikan, azab dan stress aku pun bermula.

Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun.

Semakin menyusut untuk belanja ubat-ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak-anak seramai 3 orang yang semakin membesar.

Aku selalu rasa nak nangis sebab aku sedih abang-abang suami tak bantu kami pun untuk kami menjaga mak dan adik mereka.

Mereka tak tahu ape perasaan aku. Aku penat. Penat kerja.. Balik kena masak.. Rumah tak kemas.

Namun suami aku bagi alasan, isteri masing-masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.

Lama-kelamaan aku jadi stress dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diaorang sentiasa bersih dan wangi,

dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain..

Aku? Terkurung dalam rumah sendiri.. Dah jarang bercuti sebab suami aku nak jimat duit dan risau tiada orang nak jaga mak dan adik dia.

Rumah aku jadi busuk dan tidak terjaga (aku kerja dan aku kadang-kadang tak sempat nak kemas rumah tiap- hari).

Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.

Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku stress.

Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notifcation dari bank.

Aku bukan aku yang dulu. Dulu sentiasa bersyukur, positif, ceria dan sentiasa baca Quran. Aku sekarang jadi seorang yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain,

berlakon untuk menampakkan hidup aku ceria, sentiasa letih dan malas untuk melakukan ibadat sunat, apa yang aku buat, aku rasa tak ikhlas sebab dalam hati sentiasa merungut.

Reaksi warganet

Luahan Puan Seri mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata dan pandangan mereka.

NurulHuda Liyana –Besarnya pengorbanan akak dan suami. Mudah mudahan Allah beri ganjaran yang tak disangka2. Banyakkan bersabar ye kak. Allah sayang akak sekeluarga

Utin Mardiana –Niatkan semua jalan hidup ni kerana Allah. Niatkan jaga ibu dan adik tu kerana harap ganjaran Allah.

Bukan kerana penghargaan manusia. Takpalah tak sempat solat sunat dan baca Quran. Pahala puan pasti banyak kerana menjaga orang sakit.

Moga puan dapat bersenang2 di akhirat nanti. Semoga dilimpahi rezeki juga buat puan dan suami. Stress datang bila tak cukup duit. Ramai faham tu.

Nur Izzati –Saya sangat kagum dengan kekuatan puan yang masih dapat bertahan selama 8 tahun dengan situasi yang kuat.

Puan dan suami merupakan insan yang sangat baik. Semoga puan dan suami diberi ganjaran syurga kelak, insyaAllah.

Shila Sharkawi –Dulu aku macam ni lah. Sampai 1 tahap aku tak nak share apa2 dengan suami aku. Dan aku buat keputusan sendiri.

Aku rasa aku tak mmpu nak tampung kos rawatan suami aku. Aku mesej semua ipar2 aku, tolong keluarkan kos dari pihak adik beradik depa jugak.

Bukan sikit2 untuk rawtan knser yang aku kne keluarkan. Anak nak sekolah lagi. Aku pon ade barang keperluan nak beli.
So, aku msj family husband aku untuk bincang. So baru ada kata sepakat. Kalau tak, macam nak mti jugak sorang2 kene tanggong.